Pengenalan GMS


Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Dari hari ke sehari wajah sebenar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) kian terserlah . GMS yang merupakan organisasi haram mahasiswa yang bertindak secara terburu-buru dan gopoh demi "personal interest" individu tertentu dengan memanipulasi mahasiswa untuk terlibat dalam gerakan yang bersifat bawah tanah . Berjuang dengan hasrat menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat merupakan satu tujuan murni tetapi siapakah GMS yang mendakwa mewakili mahasiswa KUIS sedangkan sudah ada pelbagai persatuan dan organisasi yang berdaftar melakukan perkara yang sama. Namun untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS semata-mata merupakan bukti kuat personal interest individu dalam GMS sendiri. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang memang tidak bermatlamat dan gopoh dalam membuat perancangan.


Susun atur gerak kerja GMS yang mendakwa telah menelan beberapa ‘purnama’ hanyalah omong kosong semata2 sedangkan kemuncak demostrasi pada jumaat yang lalu pun dibuat setelah wayang dan fitnah GMS kian terserlah dan mula terbongkar. Walaupun begitu himpunan tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang ingin memalukan pihak pengurusan serta memberi imej buruk kepada KUIS sebagai Institusi Pengajian Islam. Kewujudan GMS juga adalah berdasarkan menteliti singkat sesetengah mahasiswa dan perasaan bersalah individu tertentu apabila tidak dapat menunaikan harapan ibu bapa dalam prestasi pengajian menyebabkan tindakan bela diri yang bagi mengalih isu dengan harapan kelemahan diri sendiri dapat disembunyikan dari pengetahuan ibu bapa dan umum. Dengan menggunakan alasan yang tidak wujud seperti tidak mahu melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian GMS telah dengan sembrono ditubuhkan oleh individu tersebut.


GMS bangkit dengan minda yang lesu dan singkat untuk cuba menjadi hero merobah penderitaan kepada pembelaan. Sedangkan isu-isu tersebut tidak pernah timbul dan isu isu kebajikan yang ada telah di ambil tindakan dan diselesaikan dengan berhikmah oleh MPM dalam perbincangan yang sihat dan membawa hasil. Meskipin majoriti pandangan dari pelbagai golongan bahkan mahasiswa sendiri yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun GMS tidak pernah ambil tahu dan masih cuba untuk menegakkan benang basah mereka. Dengan menggunakan slogan Retorik Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus akan memporak perandakan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tersohor Dan dalam menuntut pembelaan harga yuran termurah KUIS diturunkan.

GMS konon-kononya memperjuangkan konsep kebebebasan bersuara terlupa bahawa merekA adalah golongan minoriti, pelajar kuis berjumlah 6000 lebih...sedangkan yang menyokong GMS 2000 lebih..namun angka tersebut juga amat meragukan"

Apakah sumber yang digunakan ? TV3 suku dan Berita Hairan.

Ulasan Dr Halimah Di Harakah Daily Berkenaan Yuran KUIS pada Mar 17, 09


http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19877&Itemid=50

Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah - Dr Halimah
Muhammad Arif Ismail
Tue | Mar 17, 09 | 2:29:10 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala menurut beliau, Diploma Sains Komputer, di Kuis yuran pengajian sebanyak RM12,325; Kolej Risda Melaka, RM18,792; Kolej Infometik, RM27,200; Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya. - mns_

WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009

dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/


Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 19 November 2009 08:11

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mahasiswa sekalian,

Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.

Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.

Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.

Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.

Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)

Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.

Nasrul Izad Bin Mohd Isa

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Friday, November 20, 2009

KOMEN2 DI BLOG INI

Admin: Kepada shabat UM, blog ini dibuat bagi menghalang blog fitnah GMS dikunjungi , boleh menyebabkan minda anda teracun, fakta disini jelas...adakah GMS mempunyai identiti sendiri...saya rasa tidak....
20 Nov 09, 08:09
admin: GMS nak bawak...
20 Nov 09, 08:09
admin: datang berhujah..bila hilang hujah main sentimen...sampai sanggup menghina...kami student KUIS bukan muka subsidi lah bro...lainlah pelajar IPTA...kami usaha cari sendir..menteliti mcm saudaralah yang
20 Nov 09, 08:08
admin: Siapa provok siapa..anda orang luar datang berhujanh
20 Nov 09, 07:47
Sahabat um: slam , creat identiti sendiri, ubahlah blog anda ini supaya ia melambangkan identiti anda tersendiri, dgn cara sbgini seoalh2 anda seorang yg tidak ikhlas dgn diri anda.
20 Nov 09, 07:41
mujahid: ok lah sy mengharapkn yg terbaik bagi antum di sana.. xde gune gado2 k... wassalam
20 Nov 09, 07:39
mujahid: hahaha panas baran jugak abg admin ni, k.la sy mintak maaf, mintk maaf pd semua rakan2 kuis, tetapi saudara terlebih dahulu memulakan provokasi.
20 Nov 09, 07:37
mujahid: tukar pic header dgn gambr2 saudara admin n rakan2 yg hensem2 tu..bru laa ramai org tertarik unutk melawat blog ni..hheheh
20 Nov 09, 07:30
admin..: minta maaf kalau nak main sentimen jgnlah terjun ke gelanggang...r
20 Nov 09, 07:29
admin..: KUIS jugak, anda menghina 6000 pelajar KUIS...
20 Nov 09, 07:29
admin..: "mm saudara memang seorang yg cerdik lagi pntar.. xhairanlah sudara berada di kuis pon.. maaf terkasar sedikit .." erm...terima kasih...sekarang terserlah siapa yang rasional...ingat GMS pun pelajar .
20 Nov 09, 07:28
admin..: itulah nak perjuangkan hak orang tapi hak sendiri tak terbela
20 Nov 09, 07:27
admin..: Setakat Blog apa harta inteleknye...MC Donald pun kalah ngan MC curry, GMS tu berdaftar kat mana...apa piagam dia...undang2 tubuh dia..siapa oragarnisasinya..berdaftar kat mana
20 Nov 09, 07:26
admin..: sila jwb..lah berkenaan poll tadi..jgn tukar tajuk..
20 Nov 09, 07:26
mujahid: mm saudara memang seorang yg cerdik lagi pntar.. xhairanlah sudara berada di kuis pon.. maaf terkasar sedikit ..
20 Nov 09, 07:25
admin..: siapa yang kelirukan siapa..GMS yang memulakan perpecahan buat orang keliru....ade ko komen kat GMS suruh berenti kelirukan orang
20 Nov 09, 07:25
admin..: itupun 32 orang tak setuju..baru majoriti 9 orang....itulah fakta..ye dik...
20 Nov 09, 07:24
mujahid: admin lihatx apa kata syaznimunir Um dan Mohd fst usim... jdlah blog diri anda sebenar, xperlu menciplak.. removekan gmbr header GMS .. msukkan gmbr2 yg tiada kaitan dengannya..xpyh kelirukan org..
20 Nov 09, 07:23
admin..: patutnya ada 2500 orang sokong GMS. kat poll tu...takkan 46 orang je...yang sokong GMS mana ..lagi 2454 orang...dlm TV3 suku ngan berita hairan..bkn main
20 Nov 09, 07:22
admin..: ko tgk poll http://kuisbloggergroup.blogspot.com/ apa lak cerita...
admin..: itulah bila orang suruh baca bodoh sombong...
20 Nov 09, 07:21
mujahid: try tengok kt blog www.gmskuis.blogspot pula.. camane kptusan poll di sana.

20 Nov 09, 07:19
admin..: lebih baik diam...dari bising membuat fitnah dan memecah belah....
20 Nov 09, 07:18
mujahid: yeke? sy pon xpegi check lagi. tetapi rase2nye dorang xpernah kata yg kolej dorang yuran termurah..
20 Nov 09, 07:17
admin..: hehehe..korang tgk dan nilai sendiri...kat poll..dr halimah dan GMS kata yuran KUIs murah pun nak demo...jugak...memang betul ..zaman sekarang memang sikit sangat yang bersyukur...
20 Nov 09, 07:16
mujahid: mmang tepat sekali kata admin.. baik duk diam je kan.. biar org lenyek kita sampai mati..
20 Nov 09, 07:15
admin: mari kita pegi demo kat KUIM pelak..mai le GMS ada berani
20 Nov 09, 07:15
admin: rupanya kita tak payah buata apa..pekung GMS dibuka oleh student USIM
20 Nov 09, 07:14
admin: Terbukti Yuran KUIS antara yang termurah...kata mohdFSt USiM, patut GMS pegi demo kat Kolej Universiti Islam Melaka jugak sebab mohdFSt USiM kata yuran KUIM sama ngan KUIS.
20 Nov 09, 07:14
mujahid: stuju dgn rakan sya mohd fstUSIM dan Saudara Syaznimunir, kpada admin. jdilah org yg brmoral, hntikn prmainn kotor ini, xperlu lah mengelirukn org dgn mncplak blog org,ini dh kira mncuri hrta intelek.
20 Nov 09, 07:13
admin: Betulah...orang berkata manusia ni lagi banyak dia berckp lagi menampakkan kebodohannya...
20 Nov 09, 07:04
mohdFSt USiM: kepada saudara2 yg uginkan kepastian ttg apa yg sy kata sblum ini, sila lah buke website setiap kolej2 di m'sia ni. tengok pada penyata yurannya.
20 Nov 09, 06:58
mohdFSt USiM: mengapalah insan2 di sna suka sgt mempalgiat.. tengok nama sy pon dipelgiat juga, mm anda xperlulah mencabar sy soal ini, kenapalah anda semua begitu mls sekali berfikir n mencari n menelan bulat2
20 Nov 09, 05:54
shaznimunir: seluruh mahasiswa. Harapa anda semua dapat fikirkan kata-kata yg saya lontarkan ini. Sekian.
20 Nov 09, 05:53
shaznimunir: mahasiswa. Sungguhpun di UM environment politiknya kuat, namun kami tidak pernah berselisih pandangan dalam hal ingin memperjuangkan & membela mahasiswa. Masing2 berebut-rebut utk memanangi hati
20 Nov 09, 05:51
shaznimunir: MAHASISWA KUIS, bukan pentadbiran KUIS. Sepatutnya dalam isu ini lamu boleh berfikir secara waras utk bersama-sama perjuangan GMS. Ketepikanlah kepentingan pribadi utk memperjuangkan kebajika
20 Nov 09, 05:49
shaznimunir: menjaga status quo & menurut shj apa yg dikehendaki oleh pentadbiran tanpa mengambil kira kesusahan di pihak rakan2 anda. Ingat! Yg memilih & mengundi anda sehingga memgang pucuk pimpinan KUIS ialah
20 Nov 09, 05:48
shaznimunir: Mahasiswa Islam tidak pernah dididik utk meniru, menipu, & menurut shj tanpa hujah. Kalau sememangnya MPM KUIS ingin mengambil sisi konfront dgn GMS, ayuh, asalkan anda tidak hanya sekadar ingin
20 Nov 09, 05:46
shaznimunir: kalau benar-benar ingin berkonfrontasi dgn GMS secara maya, create identiti blog anda yg tersendiri, tidak perlu mengambil kesempatan di atas populariti blog org lain.
20 Nov 09, 05:44
shaznimunir: Salam... Saya secara peribadi menyeru admin blog ini agar berlaku jujur. Tindakan anda yg membuat blog yg sama spt GMS adalah satu tindakan yg terlalu kebudak-budakan & tidak berintegriti. Cdgn sy,
20 Nov 09, 05:21
hans: salam.. nape suka gado2...bawa bincg.. sy harap sswa/i luar kuis xmasuk campur hal dalaman KUIS. sbb kalian xmmhami situasi yg berlaku skg..harap maklum.
20 Nov 09, 04:48
Pro -mohdFSt USiM: yuran ipts..
20 Nov 09, 04:48
Pro -mohdFSt USiM: Anda telah membuat kajian yuran? bandingkan dengan IPTS? sila tunjukkan kajian anda di blog bekas naib presiden mpp di http://myikhtiar.com. sbb dlm artikel beliau ada nak mnta sape2 bg kajian tentang
20 Nov 09, 04:45
Pro -mohdFSt USiM: Anda tau tak bahawa KUIS anda mengeluarkan subsidi untuk mahasiswa??
20 Nov 09, 04:44
Pro -mohdFSt USiM: sebelum tu sy nak tanya.. anda tau ape itu sistem BOD dalam organisasi di KUIS, ataupun IPTS? Jika tahu sila huraikan..
20 Nov 09, 12:12
mohdFSt USiM: saya nsihatkn supaya admin removekan pictre GMS pda header blog ini, gntikan dgn diri pic anda yg sebenar. jika anda msih rse anda bermoral la.
20 Nov 09, 12:10
mohdFSt USiM: klaustatmen yg mngatakn kuis adlah yuran nya dr klangan ipts yg murh bolehla dterima skit, berbnding statemen "kuis adalah paling murah yurannya dr klangan ipts"..
20 Nov 09, 12:07
mohdFSt USiM: sebagai mahasiswa yg bijak sy xkan mudah menelan bulat2 ssuatu isu itu..
20 Nov 09, 12:07
mohdFSt USiM: saya dari usim, mula2 saya tidak bermnt ttg isu ini, tetapi apabila tertngok komen2 anda dalm blog kwan sy, sy jd tertarik utk nk mengetahui isu ini.
20 Nov 09, 12:05
mohdFSt USiM: bahkan lebih murah, KTD di kelantan juga yurannye lbih murah, ada bnyk lg kolej2 lain yg lbih murah@ sama dengan kuis , so xpyh la nk tegakkan stetmen kata KUIS adlah ipts yg pling murah..
20 Nov 09, 12:03
mohdFSt USiM: ini adalah blog GMS sebenar... www.gmskuis.blogspot.com , soal yuran kuis adalah paling murah adalah tidak tepat, sy tlah membuat kajian ttg ini.. KUIM melaka juga hmpir sma dgn kuis yurannya.
20 Nov 09, 12:01
mohdFSt USiM: tak payah kita menggunakan cara kotor sebegini.. anda cuba mengelirukan semua org dgn blog ini, GMS( genetic Mangemnt System ) konon, xpyh la nk tunjukkan kebodohan diri.. lnsung xperofessional.
20 Nov 09, 11:58
mohdFSt USiM: salam, diamanakah moraliti pemilik blog ini, sengaja menciplak blog GMS semata2 utk mengelirukan org dari mendapat malumat sbenar tentang GMS, anda memang xbermoral kerana telah menciplak hrta intelek
19 Nov 09, 11:15
bro: kepada kipsas..jgn wat hal!! klu x nk jd cm kuis
19 Nov 09, 01:24
sport: gms ni pun satu hal lagi..relexlah dulu kot ye pun..jangan cepat sgt nk berdemo...aku xsempat nk join...hampeh tullah...lain kali tunggu ak....
19 Nov 09, 01:22
sport: salam...aku tgk korang ni pandai kutuk mmg hebat tapi isu yg berlaku kt kuis semua pekak...bila demo tntg yuran gelabah tahap gaban...mpm lg xsenang duduk...sibuk pikirkan gms...masing2x sokong gms...
18 Nov 09, 10:07
penegak keadilan: hapuskan GMS, hapuskan GKM, hapuskan KUIS eeeyyyhaaaaa
18 Nov 09, 05:29
al-mahdi: adrikna ya mahdi..hapuskan semua orang2 ni semua
18 Nov 09, 05:29
al-mahdi: solawat....... ya Ali!!
18 Nov 09, 02:15
admin: : kenyataan TYDPT MPMUM bkn YDP MPMUM
18 Nov 09, 02:14
admin: RALAT
18 Nov 09, 12:57
admin: KENYATAAN YDP MPMUM ADALAH BIAS DAN GOPOH MENYOKONG GMAS TANPA USUL PERIKSA
18 Nov 09, 12:56
admin: APAPUN KALAU BERTINDAK TANPA AKAL DAN TERLALU GOPOH INILAH NATIJAHNYA
18 Nov 09, 10:27
ADMIN: MUKRI KO RETI BACA KE TAK...GENERIC MANAGEMENT SYSTEM TU KAN SINGKATANNYE gms..
18 Nov 09, 10:04
Khadam Mahasiswa: Ketiga2 mereka Pengerusi PMIUM, Timb YDP MPMUM & Exco Kepimpinan MPMUM buat kenyataan tanpa bertanya terlebih dahulu kpd MPMKUIS. Sy nak hubungi smlm. Mereka kata x.
18 Nov 09, 10:02
Khadam: Xde pun nama 2. Yg ada Mohd Hafiz Ilyas Timb. YDP MPMUM mrgkp SUA PMIUM dan MOhd Aizat Salleh Exco Kepimpinan MPMUM.
18 Nov 09, 09:56
mukhri: baca disni ye http://mahasiswakini.com/archives/4627 . tmbalan ydp, silap2..mmg la mreka xterlibat.. tetapi menyokong tndkn GMS, mana mungkin dia terlibat..watpe nk libatkan diri di kuis,
18 Nov 09, 09:52
Khadam Mahasiswa: Presiden PMIUM Mohd Shazni Munir B. Mohd Ithnin. Jadi Mohd Syafiq Ilyas ni sape dia?
18 Nov 09, 09:51
mukhri: ooo genetic magmnt system.. so knapa pula dibuat header GMS.. mmg bias lg bangang.. buatla header gntc mngmnt systm..
18 Nov 09, 09:43
mukhri: buke mahasiwakini.com yer saudara2 sekalian, kenyataan itu bukn dikeluarkan oleh GMS, ydp pmium mohd syafiq ilyas sendiri yg membuat kenyataan menyokong GMS, rujuk mahasiswakini.com
18 Nov 09, 09:43
mukhri: buke mahasiwakini.com yer saudara2 sekalian, kenyataan itu bukn dikeluarkan oleh GMS, ydp pmium mohd syafiq ilyas sendiri yg membuat kenyataan menyokong GMS, rujuk mahasiswakini.com
18 Nov 09, 12:38
admin: YDPMPM dah buat kenyataan MPMUM tak terlibat dalam kenyataan sokong GMS, GMS penipu
17 Nov 09, 07:10
admin: mohon pengunjung komen elok2...ni ni blog GMS tapi bukan Gerakan Mahasiswa Sedar tapi Genetic Management Sytem baca elok2 no
17 Nov 09, 02:44
spicegurl: GMS (gerakan mahasiswa sengal)

17 Nov 09, 02:42
spicegurl: blaja tggi2..tp bab MGHORMATI MAJLIS HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku pn pelik gak asal ALAM skrg dh xaktif???? cbuk ngn GMS ker?? bguslah tuh!!!! smpai asgnmnt ngn klas pn xpegi kn!!!!!!!
17 Nov 09, 02:40
spicegurl: aku pn xpham apa motf blog ni dibuat...1 ag,pihak gms ni yg mengatakan SELALU wat demostrasi scara AMAN kn, asal time HIMSIS korg bley blah tnpa adab...korang ni ade otak ke xde???!!!!!!!!!!!!!!!!!
17 Nov 09, 08:37
admin: dey tambi lu sudah baca ke belum...blog ni....lu lah munafik...belum baca dah komen.....inilah GMS ujub dan bongkak dengan ilmu yang ada sampai mengkritik tanpa membaca...
17 Nov 09, 07:57
mukhri: inilah yg dinamakan munafiq siber.. sengaja memecah belahkan ummah... untuk apa blog ini , ia xlebih dari cuba menghina orang je. bkn nk bg irformasi sihat pon.. bodoh.. sape punya ngakra blog ni ni..

No comments:

Post a Comment