Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Dari hari ke sehari wajah sebenar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) kian terserlah . GMS yang merupakan organisasi haram mahasiswa yang bertindak secara terburu-buru dan gopoh demi "personal interest" individu tertentu dengan memanipulasi mahasiswa untuk terlibat dalam gerakan yang bersifat bawah tanah . Berjuang dengan hasrat menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat merupakan satu tujuan murni tetapi siapakah GMS yang mendakwa mewakili mahasiswa KUIS sedangkan sudah ada pelbagai persatuan dan organisasi yang berdaftar melakukan perkara yang sama. Namun untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS semata-mata merupakan bukti kuat personal interest individu dalam GMS sendiri. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang memang tidak bermatlamat dan gopoh dalam membuat perancangan.
Susun atur gerak kerja GMS yang mendakwa telah menelan beberapa ‘purnama’ hanyalah omong kosong semata2 sedangkan kemuncak demostrasi pada jumaat yang lalu pun dibuat setelah wayang dan fitnah GMS kian terserlah dan mula terbongkar. Walaupun begitu himpunan tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang ingin memalukan pihak pengurusan serta memberi imej buruk kepada KUIS sebagai Institusi Pengajian Islam. Kewujudan GMS juga adalah berdasarkan menteliti singkat sesetengah mahasiswa dan perasaan bersalah individu tertentu apabila tidak dapat menunaikan harapan ibu bapa dalam prestasi pengajian menyebabkan tindakan bela diri yang bagi mengalih isu dengan harapan kelemahan diri sendiri dapat disembunyikan dari pengetahuan ibu bapa dan umum. Dengan menggunakan alasan yang tidak wujud seperti tidak mahu melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian GMS telah dengan sembrono ditubuhkan oleh individu tersebut.
GMS bangkit dengan minda yang lesu dan singkat untuk cuba menjadi hero merobah penderitaan kepada pembelaan. Sedangkan isu-isu tersebut tidak pernah timbul dan isu isu kebajikan yang ada telah di ambil tindakan dan diselesaikan dengan berhikmah oleh MPM dalam perbincangan yang sihat dan membawa hasil. Meskipin majoriti pandangan dari pelbagai golongan bahkan mahasiswa sendiri yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun GMS tidak pernah ambil tahu dan masih cuba untuk menegakkan benang basah mereka. Dengan menggunakan slogan Retorik Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus akan memporak perandakan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tersohor Dan dalam menuntut pembelaan harga yuran termurah KUIS diturunkan.
Apakah sumber yang digunakan ? TV3 suku dan Berita Hairan.
Ulasan Dr Halimah Di Harakah Daily Berkenaan Yuran KUIS pada Mar 17, 09
Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah - Dr Halimah
Muhammad Arif Ismail Tue | Mar 17, 09 | 2:29:10 pm MYT | |
SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara. Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama. Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain. "Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886. "Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya. Manakala menurut beliau, Diploma Sains Komputer, di Kuis yuran pengajian sebanyak RM12,325; Kolej Risda Melaka, RM18,792; Kolej Infometik, RM27,200; Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260. "Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain. "Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya. - mns_ |
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009
dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/
Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 |
Written by Administrator | |
Thursday, 19 November 2009 08:11 | |
Assalamualaikum w.b.t.
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Mahasiswa sekalian,
Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.
Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.
Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.
Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.
Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.
“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)
Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.
Nasrul Izad Bin Mohd Isa Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) |
Wednesday, November 25, 2009
SAH, GMS PENIPU PETAR BELIT FAKTA
Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.
Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.
Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.
Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.
"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.
"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.
Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.
Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.
(DALAM KENYATAAN ASAL GMS KATA PELAJAR HANYA BERBAKI RM 100.00 UNTUK DIBUAT SARA HIDUP sekarag dah jadi RM 500 satu semester)
Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.
Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.
(PELAJAR IJAZAH DAPAT LEBIHAN 3000 SATU SEMESTER !!!!!!!!!, 3000 satu semester, hari tu kata tak ada baki....satu semester dalam 4 bulan je..3000 /4 bulan RM 750 satu bulan......takkan makan meggei..je....GMS korang ni reti kira ke tak....)
"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.
Abdul Rahim Sabri
Nov 23, 09
6:57pm
No comments:
Post a Comment